Menghadiri Program Dan Taklimat di Majlis Perbandaran Tawau Bersama KKTP Sabah

Semalam, saya berkesempatan menghadiri program dan taklimat di Majlis Perbandaran Tawau bersama Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (KKTP) Negeri Sabah.

Menteri KKTP Datuk Seri Panglima Masidi Manjun turut menyentuh keperluan bandar Tawau sebagai bandar sempadan bagi menerima impak pembangunan di Indonesia menerusi perpindahan ibu negaranya ke Kalimantan.

Malah beliau juga secara khusus menyebut pembangunan di Kukusan sebagai sub urban. Saya melihat perkara ini sebagai satu perkembangan positif.

Malah saya sendiri sejak awal menjadi wakil rakyat sulung di Kukusan, telah berusaha memperjuang pembangunan Kukusan sebagai sub urban.

Dan usaha itu semakin saya giatkan selepas menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah sejak Jun lalu. Saya tidak akan pernah berhenti demi pembangunan di Kukusan.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.