Pejabat ADUN Kukusan telah berjaya mengagihkan 600 bakul makanan PEMULIH dari Ahli Parlimen P191 Kalabakan kepada warga Kukusan yang memerlukan pada Sabtu dan Ahad lepas.
Kami memohon maaf jika ada yang tercicir dari menerima bantuan apatah lagi buat mereka yang terdesak.
Walaupun begitu, talian Careline Kukusan tetap dibuka kepada warga Kukusan yang memerlukan bakul makanan terutama yang terputus punca pendapatan.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat 10 pagi – 4 petang untuk keterangan lanjut.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持