Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Beberapa hari lalu, saya menerima kunjungan adik Fitrahyanti Basri Eko bersama ayahnya, Basri Eko Mandeha.
Siapa sangka dalam pertemuan 15 minit itu, dari perbualan biasa berkaitan tentang kerjayanya sebagai pembuat kuih bangkek celup coklat, kisah hidup adik Fitrah ini banyak memberi inspirasi yang membuatkan saya kagum dengannya.
Seorang graduan Diploma Pentadbiran Awam, UiTM berusia 28 tahun, Fitrah memilih untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana dengan berkonsepkan perniagaan kuih atau biskut tradisional kita.
Malah perniagaan yang baru mula hendak berkembang itu, berdepan pula dengan cabaran pandemik COVID-19.
Namun, dalam 1001 dugaan itu, siapa sangka beliau terpilih antara individu yang mendapat tajaan untuk pemasaran digital dari sebuah syarikat penerbitan gergasi (kalau saya sebut namanya, mesti ramai yang tahu).
Fitrah yang menetap di Kg Dusun bersama keluarganya difahamkan menjadi satu-satunya wakil dari Sabah yang terpilih untuk mendapat tajaan berkenaan. Siapa penaja berkenaan, molek kiranya jika mereka yang umumkan, saya ini hanya berkongsi kegembiraan dan kejayaan buat adik Fitrah.
Saya doakan kejayaan Fitrah dan juga adik-adik atau orang lain yang membaca posting ini untuk turut berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi.
Tahniah anak Kukusan. Teruskan menjadi inspirasi kepada kami semua.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持