Saya bersama team Pejabat ADUN Kukusan membuat lawatan kebajikan di Tmn Victoria untuk menyantuni Aunty Sue yang menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
Kaki kanan Aunty Sue juga telah dipotong akibat luka kencing manis yang dihadapinya sejak bertahun lalu. Saya turut mengambil aduan dari anak perempuan beliau mengenai keperluan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan ibunya membuat rawatan di luar.
Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan pihak kami akan mengusahakan keperluan kerusi roda tersebut.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”