Selepas menghantarkan sumbangan semalam, saya singgah melawat sebuah rumah antara paling lama di Jalan OKK Abu Bakar yang dihuni oleh Uncle Adam dan Aunty Gerelina yang dahulunya adalah kakitangan kerajaan.
Lawatan saya turut mengambil aduan pasangan veteran ini yang merasa kurang selamat disebabkan jalan yang gelap dan kecurian yang berlaku di kawasan sekitar. Bagaimanapun kes tersebut sudah berjaya diselesaikan oleh pihak polis.
Uncle Adam berharap agar kawasan itu dapat diberi perhatian dengan memasang lampu jalan menerangi jalan sunyi tersebut yang menjadi access menuju ke Jalan Dominic.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持