Kali terakhir saya cuba melawat rumah ini penghuninya tiada di rumah, namun nasib kali ini menemukan kami.
Kak Sunarti antara yang masih menunggu bantuan daripada pihak zakat setelah wakil dari mereka datang tempohari membuat lawatan. Sudah terlalu lama beliau menjual ikan kering menyara ketiga-ketiga orang anaknya yang sedang belajar.
Pendapatan pada bulan puasa lagi terjejas kerana ‘demand’ ikan kering terlalu kurang, apatah lagi beliau hanya mengharapkan jualannya di pasar minggu sahaja.
Saya berkesempatan mendapatkan sedikit maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk merujuk status bantuan kak Sunarti. Semoga ibu tunggal ini terus kuat dan dipermudahkan urusan dalam membesarkan anak-anaknya. Aamiin ya robb.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”