Melawat Mangsa Kemalangan Di Bulatan Kukusan – Pertemuan Jurutera JKR Bahagian Tawau

Saya bersimpati dengan apa yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan serius di bahagian bahu dan paru-paru akibat terjatuh dari motosikal setelah melalui bulatan Kukusan.

Sebelum ke hospital untuk melawat mangsa yang juga merupakan seorang pegawai bank, saya berkesempatan mengatur perjumpaan singkat bersama Jurutera Bahagian JKR Tawau.

Saya ingin memastikan kerja pembaikan bulatan segera terlaksana kerana ini bukanlah kemalangan kali pertama malahan kemalangan kereta sebelum ini turut merosakkan landskap bulatan tersebut. Hasil pertemuan, tindakan susulan dan papan amaran dilaksanakan hari itu juga sementara menunggu bekalan bitumin untuk penurapan mencukupi.

Sebagai makluman, Tn Izam Jamal baru sahaja ditugaskan di JKR Tawau pada hujung Julai lalu. Terima kasih atas kerjasama walau terpaksa bergegas agar dapat duduk semeja untuk saya rungkaikan keperluan isu mendesak di Kukusan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.