Melawat Mangsa Kebakaran Di Kg Kurnia Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan melawat mangsa kebakaran membabitkan 700 kediaman di Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, hari ini.

Biarpun berada di luar kawasan mukim Kukusan, misi kemanusiaan, bencana, bantuan dan simpati kita seharusnya tidak terbatas dek jarak serta kawasan.

Alhamdulillah, 200 pek makanan, minuman serta pelitup separuh muka berjaya kami sampaikan kepada sebahagian mangsa kebakaran.

Saya tahu, bantuan kecil ini tidak dapat menyelesaikan masalah mereka, namun, diharapkan ia dapat meringankan sedikit beban mereka untuk seketika.

Keperluan bayi seperti lampin pakai buang dan susu formula, antara barang yang diharapkan oleh mangsa kebakaran.

Saya turut berkesempatan bertemu dengan pegawai petugas yang membantu pemantauan dan bantuan kepada penduduk. Terima kasih kepada pihak berkaitan termasuk JKM, APM, RELA, PDRM, JBPM dan ramai lagi kerana membantu menguruskan mangsa.

Pesan saya kepada semua mangsa, tidak kira anda ada dokumen atau tidak, daftarlah maklumat diri anda dengan petugas berkaitan bagi membolehkan anda menerima bantuan sewajarnya.

Sekali lagi, salam takziah buat mangsa kebakaran. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.