Melawat Ke Kediaman Encik Abdul Salam, Bapa Kepada Mangsa Yang Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Kenderaan Di Gudang 4

Semalam, saya melawat ke kediaman Encik Abdul Salam, bapa kepada Allahyarhamah Nur Fadhilah Binti Abdul Salam, mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan kenderaan di Gudang 4, pada 5 Mei lalu.

Walaupun pertama kali berkunjung ke situ dan mengenali keluarga ini, saya dapat merasakan suasana hiba menyelubungi mereka sebaik menjejak kaki ke kediaman mereka.

Banyak yang kami kongsikan. Cuma satu harapan keluarga ini, agar telefon bimbit mangsa dikembalikan.

Setakat update semalam, mereka berjaya menghubungi telefon bimbit dan nombor telefon mangsa.

Difahamkan telefon berkenaan telah dijual kepada seseorang yang berada di Kalabakan.

Apa pun yang berlaku, keluarga ini berharap mendapat kembali telefon itu dan sanggup membayar nilai yang dibayar orang itu ketika membelinya dari seseorang.

Saya berharap urusan mereka berjalan lancar kerana itu adalah kenangan akhir keluarga ini dengan arwah.

Semoga urusan mereka dipermudahkan, semoga roh Nur Fadhilah ditempatkan dalam kalangan orang dikasihi Allah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.