Selesai melakukan lawatan lewat pagi tadi, saya bersama team N70 Kukusan singgah makan tengahari di restoran cawangan Cottage Garden, terletak di Taman Univila. Satu lagi lokasi menarik di mukim Kukusan.
Walaupun cuaca panas, keadaan di persekitaran masih rasa berangin dan sangat “chilling” untuk makan berat atau minum Signature Coffee mereka.
Kebetulan pemilik juga adalah kawan lama semasa kami bersama dalam bidang bisnes produk dahulu.
Tahniah Cikgu Nordin dan rakan kongsinya saudara Joseph Tsang dengan pembukaan restoran yang bertemakan konsep deko dan makanan laut. Harga berbaloi dengan suasana yang ditawarkan. Pakej lengkap dengan menu menarik selera orang Tawau pastinya.
Semoga terus maju bersama Kukusan baharu.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持