








Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan rumah Datuk Hj Abdul Karim Haji Wahid selaku Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat N.70 Kukusan atas jemputan ke Majlis Rumah Terbuka PGRS N70 Kukusan yang penuh mesra dan harmoni ini.
Semangat kekeluargaan dan perpaduan yang ditonjolkan jelas mencerminkan kekuatan komuniti kita. Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadi platform terbaik untuk memperkukuh semangat perjuangan kita bersama.