







Alhamdulillah, saya dijemput ke majlis penuh keberkatan di Masjid Sirathol Mustaqim dalam perasmian program Tadarus Al-Quran.
Dalam ucapan, saya menekankan bahawa wanita memainkan peranan penting dalam sistem kekeluargaan. Saya juga turut mengambil contoh perwatakan Asiah, isteri Firaun, yang taat kepada suami walaupun diuji dengan kezaliman.
Keteguhan imannya menjadi inspirasi bagi wanita dalam membina keluarga yang harmoni dan berlandaskan nilai-nilai Islam.
Sebagai tanda sokongan kepada pembangunan masjid dan aktiviti keagamaan, saya turut menyampaikan:
- Bantuan tunai RM500 kepada tabung masjid
- Bantuan tunai kepada 10 persatuan selawat
- Bantuan tunai kepada dua ahli selawat yang akan menunaikan ibadah umrah
Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasa institusi masjid serta menyemarakkan syiar Islam. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini