Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani & Advokasi Kepenggunaan

TELAH berlangsung Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani, dan Advokasi Kepenggunaan yang telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) , Datuk Armizan Mohd Ali, serta disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Rina Haji Jainal Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N.70 Kukusan di Dewan Terbuka Taman Victoria , semalam.

Program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada masyarakat melalui inisiatif bantuan, jualan harga rahmah, dan pendidikan kepenggunaan yang lebih berkesan.

Dalam program ini juga menyantuni 100 golongan yang memerlukan dengan bantuan bakul makanan dan wang tunai.

Manakala 100 belia dan beliawanis Dun Kukusan berumur 18-40 tahun menerima bantuan bernilai RM 500 di dalam Program Outreach YAB Ketua Menteri Sabah Haji Hajiji Haji Noor bersama NGO di bawah Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS)

Jualan Rahmah Madani kali ketiga dalam DUN Kukusan turut memeriahkan lagi majlis ini kerana memperkenalkan barangan keperluan pada harga sehingga 30% potongan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Selain itu, program advokasi kepenggunaan daripada pihak KPDN di sesi soal jawab bersama masyarakat setempat juga dapat memberi kesedaran dan ilmu kepada masyarakat agar lebih bijak dalam membuat keputusan sebagai pengguna.

Seterusnya terdapat pengisian program iaitu cabutan bertuah berupa barangan elektrik turut diberikan kepada pengunjung yang tiba dengan syarat pembelian 1kg gula dan 2 paket minyak masak.

Sementara itu, YB Datuk Rina Hj Jainal juga merasmikan Dewan Terbuka Taman Victoria untuk kegunaaan warga setempat dan sekitarnya bagi aktiviti sukan,kebajikan dan sebagainya,

Turut hadir, pengarah KPDN Sabah Tuan Shahril Nizam Bin Shahidin , Ketua Cawangan KPDN Tawau Tuan Sam Alimuddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.