JEMPUTAN merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Kepelbagaian Etnik dan Budaya anjuran IKSnita Sabah dan Kementerian Perpaduan Negara di Kota Kinabalu,kemarin.
Saya berpeluang menyaksikan persembahan dan pertandingan tarian daripada kumpulan belia dan anak-anak muda dengan kepelbagaian etnik dan budaya yang mempesona di Sabah.
Program-program yang meraikan kepelbagaian ini bukan sahaja memperkukuhkan perpaduan, tetapi juga memperkaya warisan kita. Mari kita bersama-sama meraikan keunikan setiap etnik dan budaya yang menjadikan Sabah begitu istimewa.
Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Dg Hjh Khatijah atas jemputan merasmikan acara penutupan ini. Tahniah kepada para pemenang yang bakal mewakili Sabah di Kuala Lumpur pada bulan Mei nanti.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”