DIJEMPUT merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pibg Smk Kuhara Kali Ke-35 telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang pagi tadi di Dewan Al Farabi Smk Tawau.

Mesyuarat hari ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bersua muka, untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak. Saya turut memuji kerjasama erat antara ibu bapa dan guru-guru dalam menjayakan program-program sekolah, khususnya melalui PIBG. Saya juga menekankan kepentingan pendidikan holistik yang tidak hanya tertumpu kepada akademik, tetapi juga pembangunan sahsiah pelajar.

Dalam ucapan, saya menyatakan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Sabah atas peruntukkan RM474.55 juta bagi memperkukuh lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di negeri sabah pada tahun ini. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata jumlah ini antara lain diperuntukkan bagi pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah agama Islam dan masjid, pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam serta sekolah mubaligh.

Tahniah diucapkan kepada barisan warga Smk Kuhara, para Ibu Bapa yang hadir pada majlis kali ini.Turut hadir, UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Encik Mokhtar bin Haji Abdul Rasyid, dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tuan Haji Mustafah bin Mappalappang,barisan Guru dan Ibu Bapa pelajar Smk Kuhara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.