Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Dan Badan Bukan Islam Bagi Zon Tawau 2024

DIJEMPUT ke Majlis Penyerahan Bantuan-bantuan Kewangan kepada Sekolah-sekolah Dan Badan-badan Bukan Islam bagi Zon Tawau 2014 di SJKC Kung Ming pagi tadi. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji NIZAM Abu Bakar Titingan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N68 Apas.

Terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah atas peruntukan sebanyak 56.75 juta seluruh Sabah bagi tujuan membantu aktiviti dan program pendidikan.

Pantai Timur merangkumi Kalabakan,Kunak,Lahad Datu, Tawau,dan Semporna mendapat sebanyak 4.86 juta melibatkan 78 penerima termasuk 43 sekolah, 32 gereja, 21 tokong dan 4 kuil.

Turut hadir YB Datuk Hamild Hj Awang ADUN N67 Balung, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pegawai Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan barisan penerima bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.