Menghadiri Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 peringkat Negeri Sabah pagi tadi di KDCA Penampang yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta barisan kepimpinan kerajaan negeri Sabah.
Hari Kaamatan adalah manifestasi kebanggaan dan kekayaan budaya Sabah. Ia mengingatkan kita akan pentingnya menghargai dan memelihara warisan budaya kita. Melalui sambutan ini, masyarakat Kadazan-Dusun dan seluruh penduduk Sabah dapat berkumpul, merayakan, dan bersyukur atas segala nikmat yang diperoleh. Semoga semangat Kaamatan terus hidup dan mekar, menyatukan kita dalam kebersamaan dan keharmonian.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Selamat menyambut Hari Kaamatan!
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”