Satu lawatan kerja Jawatankuasa Lalulintas ke lokasi aduan berhubung permohonan tapak letak kereta Kolej Vokasional Tawau dan juga kesesakan dihadapan Kolej.
PPM Kukusan, Tuan Sukardi Mashuri bersama Pengerusi Jawatankuasa Lalulintas MPT, Tuan Ts. Ismail Awang diiringi CDO Kukusan melawat kawasan cadangan tapak letak kereta dan lokasi yang dilaporkan masih berlaku kesesakan.
Beberapa cadangan telah diajukan oleh pihak Kolej dan sekolah SK. Muhibbah Raya. Antaranya ialah memohon tapak letak kereta di hadapan kolej, membina laluan pejalan kaki untuk pelajar dan beberapa cadangan lain lagi.
Turut hadir Puan ASP Joan Lee dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau, Tuan Bonyface dari Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Tawau, Timbalan Pengarah Kolej Vokasional mewakili Pengarah Kolej, Pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bomba, Kaunselor MPT, Pemaju Mukim Muhibbah Raya, Pengerusi JKKK Kg.Muhibbah Raya dan Wakil Ketua Anak Negeri Kawasan Kukusan.
Diharap dengan adanya lawatan ini dapat menyelesaikan beberapa isu yang diterima dari aduan orang awam.