Kursus Amali Pengurusan Jenazah Muslimah Peringkat DUN Kukusan

Kursus Amali Pengurusan Jenazah Muslimah telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bertempat di Masjid Al Munawarrah Kg Jawa Sentosa di bawah bimbingan Ustazah Hajah Samsiah Hj Bahron.

Para peserta diberi pendedahan mendalam mengenai proses dan prosedur pengurusan jenazah, bermula dari saat kematian, persiapan mandi, kapan, solat jenazah, sehingga kepada pengebumian. Seramai 120 orang peserta telah berdaftar dan dihadiri oleh muslimah yang kebanyakannya dari Kg Jawa dan sekitar Kukusan.

Saya berharap kursus ini mampu membantu lebih ramai muslimah mempelajari ilmu fardhu kifayah. Terima kasih kepada AJK penganjur, penceramah dan semua peserta yang hadir dan menjayakan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat kepada semua, insyaAllah team DUN Kukusan akan meneruskan di lokaliti mukim Kukusan yang lain pula dalam masa terdekat.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.