Kompleks Renang Tawau Bakal Dibuka Kepada Umum Pada Mei Ini

Satu lagi mercu tanda di Kukusan, Kompleks Renang Tawau bakal dibuka kepada umum pada Mei ini.

Alhamdulillah, projek mega yang menelan belanja RM11 juta ini akhirnya siap selepas ‘tergantung’ ekoran masalah kontraktor.
Malangnya apabila melihat gambar yang ada, saya hairan mengapa tiada kemudahan untuk ‘dive’ atau papan anjal yang dilihat membuka peluang untuk anak Tawau menceburi cabang sukan yang satu ini.

Ini kerana pada 2015, Menteri Beliau dan Sukan ketika itu Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kolam renang di sini bertarap Olimpik.

https://www.mstar.com.my/sukan/2015/02/22/kolam-renang-taraf-olimpik

Saya kurang pasti apa kayu ukur ‘bertaraf olimpik’ yang dimaksudkan Menteri ketika itu, namun, saya melihat sudah tahun 2022, infrastruktur di Tawau yang dibina Kerajaan masih jauh ketinggalan berbanding apa yang sepatutnya disediakan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.