Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam ramai terkejut malah meluahkan rasa bimbang apabila kes positif COVID-19 melepasi angka 11,000. Mujur Sabah hanya berlegar sekitar 239 kes dibelakang Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.
Ramai mempersoalkan langkah kerajaan melakukan sekatan pergerakan dan sebagainya, namun, kes tetap meningkat.
Bagi saya, perkara seperti ini sukar dielakkan. Malah kalau melihat trend negara lain seperti India, China, Itali malah US sendiri juga menunjukkan peningkatan yang sama.
Dalam masa sama, pemberian vaksin negara kini mencecah lebih 12 juta, dan di Sabah sebanyak 425,933 dos 1, 324,190 dos dua sehingga semalam.
Walaupun dari segi jumlah, *Sabah ditangga keenam teramai penerima vaksin dos 1, namun dari segi peratusan jumlah POP, Sabah paling corot.
*Negeri jiran Sarawak pula telah mencapai 51 peratus rakyatnya menerima dos pertama, manakala 23.5 peratus telah lengkap menerima vaksin sepenuhnya.
*Bayangkan di Kalabakan sendiri, KKM baharu sahaja memulakan pemberian vaksin di sana, Sabtu lalu, walaupun program Vaksinasi Negara sudah berjalan lebih empat bulan.
*Dan ia turut membabitkan petugas barisan hadapan yang sepatutnya berada pada fasa pertama.
*Kenapa? Status Sabah ini ‘anak tiri’ kah? Rakyat Sabah juga terkesan dengan pandemik COVID-19, ramai kehilangan pendapatan, ramai yang terpaksa catu makanan, sukar beli barang keperluan anak dan sebagainya.
*Kita juga perlu bekerja, dan ramai yang mahu bekerja berbanding hanya duduk di rumah terima bantuan.
Ketua Menteri Sabah dan barisan kabinet di bawah GRS, sila bela nasib rakyat Sabah sewajarnya. Jangan biarkan kami terus terkebelakang.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持