Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Hari ini saya menerima beberapa keping gambar mengenai kerosakan pada tiang di Pasar Sri Tanjong yang turut menempatkan UTC Tawau.
Saya difahamkan, kerosakan utama adalah pada 1 tiang di kawasan menjual ikan masin yang bukan sahaja merekah dan pecah, tetap nampak seolah-olah menerima beban yang berat daripada tingkat atas.
Sukar untuk kita mengetahui punca sebenar masalah tersebut kerana menurut peniaga di situ, kejadian sudah lama, namun ia semakin ketara sejak dua minggu lalu.
Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi di negara jiran berhampiran, ia mungkin menambahkan lagi asbab kerosakan tersebut.
Namun, jika keadaan semakin ketara dalam tempoh dua minggu ini, ia memberi gambar ketidakstabilan kawasan tiang yang rosak itu.
Berdasarkan laporan media kerosakan atau keretakan dinding dan tiang turut berlaku pada pejabat agensi kerajaan di tingkat atas UTC berkenaan seperti bilik JPJ dan Jabatan Tanah dan Ukur.
Saya akan mengulas lebih lanjut mengenai penempatan UTC di Pasar Sri Tanjong berkenaan pada masa lain. Apa yang saya harapkan, agar langkah penyelesaian segera dilakukan kerana ia membabitkan keselamatan nyawa orang ramai.
Jika gerai mereka terpaksa ditutup, pastikan mereka juga diberikan tapak menjaja sementara menunggu kerja pembaikan dilakukan.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”