Kemudahan Balai Raya Kg Sentosa Sudah Siap Dibaikpulih

Alhamdulillah pagi ini setelah selesai melakukan ziarah, saya mengambil kesempatan melawat hasil kerja baik pulih balai raya papan yang dulunya uzur (torn down) sekarang sudah konkrit sepenuhnya.

Program kemahiran usahasama JPSM dan DUN N70 Kukusan akan menjadi program pertama dilaksanakan di balai ini sebagai satu inisiatif mengaktifkan aktiviti wanita di DUN Kukusan.

Kedudukan Kg Sentosa yang berada di tengah-tengah diharap mampu menarik penduduk kampung sekitar untuk turut sama aktif menyertai program-program wanita yang telah dirancang bersama NGO dan agensi-agensi kerajaan akan datang.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.