DIJEMPUT merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Dewan Datuk Tun Mustapha Masjid Raya pagi tadi.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak dan ibubapa serta komuniti berhadapan dengan cabaran jenayah seksual pada masa ini.
Kempen Membanteras Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada hari ini mempunyai 4 objektif utama iaitu :
- Meningkatkan kefahaman kepada kanak-kanak dan Masyarakat berkenaan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak
- Memberi pendedahan kepada kanak-kanak bagi mengelakkan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak
- Memberi peluang kepada ahli masyarakat melalui penglibatan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak untuk lebih mengenali kanak-kanak di kawasan masing-masing;
- Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat tentang peranan dan Tindakan yang perlu dilakukan jika terjadi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Dalam ucapan saya menyeru agar peranan komuniti seperti Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak, Persatuan Ibubapa dan Guru, dan lain-lain hendaklah menjadi mata dan telinga serta bertindak melalui pelaksanaan program pencegahan di peringkat komuniti setempat dalam menjaga keselamatan kanak-kanak supaya tidak terlibat dalam jenayah seksual.
Saya juga berharap melalui aktiviti yang dijalankan pada hari ini terutamanya sesi interaktif bersama agensi-agensi yang dipilih telah dapat mendidik kanak-kanak memberi ilmu pengetahuan dan membimbing kanak-kanak untuk tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.