MENGHADIRI Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina di Jalan Raya Jambatan Putih Jalan Utara pagi tadi.
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmy Yahya bersama-sama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) Bahagian Tawau telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina di Jambatan Putih, Jalan Utara Tawau.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, khususnya dalam kalangan pengguna motosikal dan kenderaan.
Dalam kempen ini, saya bersama ADUN setempat menyerahkan helmet kepada penunggang motosikal serta kit keselamatan kepada pemandu kenderaan motokar sebagai simbolik keprihatinan terhadap keselamatan pengguna jalan raya.
Kempen ini diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan dan memastikan perjalanan masyarakat lebih selamat sepanjang musim perayaan.