Kelas Asas Fardhu Ain Bersama Ustazah Summarni & Wanita Kg SENTOSA BLOK 5

MENGHADIRI, Kelas Asas Fardhu Ain bersama Ustazah Summarni yang diadakan di Balai Raya Kg Sentosa Blok 5 kemarin . Kelas ini memberi fokus kepada pengukuhan ilmu asas fardhu ain, seperti tatacara solat, wuduk, serta doa-doa harian yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Kehadiran dan semangat para peserta sangat menggalakkan, dan saya berasa amat berbesar hati dapat melihat sambutan yang begitu baik.Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kelas ini. Mudah-mudahan usaha kita ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan kepada semua.

Ini merupakan program kali kedua selepas Kursus Jahitan yang diadakan di balairaya ini. Inilah tujuan utama pembinaan semula Balairaya Kg Sentosa Blok 5 agar tempat ini digunapakai untuk sebagai pusat komuniti dan aktivti-aktiviti kemasyarakatan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.