Kek Besar Untuk Rakyat Atau Poket Sendiri?

Saya tertarik dengan Debat Perdana membabitkan dua pemimpin utama parti yang besar di negara kita, semalam.

Datuk Seri Najib memberikan contoh analogi Tun Razak berkaitan saiz kek (ekonomi) yang perlu dibesarkan untuk diagihkan kepada ramai rakyat.

Maksud mudah yang difahami, semakin besar kek (ekonomi) itu, semakin besar/banyak/ramai rakyat dapat merasainya.

Justeru, beliau mentafsirkan untuk membesarkan kek (ekonomi) menerusi pelaburan luar dan projek besar untuk manfaat kepada rakyat.
Beliau turut menyebut contoh PAN BORNEO, malangnya Pan Borneo di Sabah ini MUNGKIN dua tahun lagi siap. Kenapa mungkin? Sebab rakyat Sabah sudah terbiasa dengan pengumuman projek mega berulang setiap kali mahu meraih undi dan pilihan raya.

Apa yang berlaku di pantai barat dan Lahad Datu, ada sebahagian kawasan banjir berpunca daripada kawasan pembinaan Pan Borneo? Siapa yang terjejas? Menteri kah? Atau rakyat?

Tetapi jika betul analogi kek itu menggambarkan keperluan pelaburan luar atau projek mega yang diperlukan untuk kemakmuran rakyat, mengapa projek CIQ KALABAKAN ditangguhkan?

Sedangkan kita tahu bahawa projek itu PENTING DAN BAKAL MEMBERI MANFAAT bukan sahaja kepada negara tetapi RAKYAT SABAH KHUSUSNYA.

Justeru wajarlah apabila Datuk Seri Anwar menempelak siapa yang dapat kek lebih? Kerana itu realiti yang rakyat lihat.

Inilah yang harus diperjuangkan rakyat Sabah. Banyak yang perlu kita tegas dan bangkitkan.

Pengumuman projek pembinaan CIQ KALABAKAN, loji air di Tawau dan Kalabakan (tempat lain juga), jalan raya, isu hak MA63 dan banyak lagi, kita perlu tuntut seadilnya.

Terlalu banyak kita korbankan dan beri kepada Persekutuan, sebaliknya kita hanya menerima pulangan yang sedikit.

Jangan ungkit mengenai keselamatan, kesihatan dan pendidikan yang kononnya atas jasa Persekutuan, kerana itu adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat yang termaktub ketika penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
13 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.