Kehadiran Sekumpulan Anak Muda Yang Bergerak Berpasangan Mengutip Derma

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Saya rasa, satu daerah Tawau menyedari kehadiran sekumpulan anak muda yang bergerak berpasangan mengutip derma dana derma RM20 untuk membeli Al-Quran.

Bermula dari sekitar Maybank Jalan Kubota, saya turut terserempak dengan mereka di kawasan bandar.

Terus terang, awalnya saya menyifatkan aktiviti mereka biasa-biasa sahaja, walaupun meletakkan sedikit rasa curiga ketika itu. Ini kerana berdasarkan banyak kejadian seumpama ini telah berlaku di Semenanjung Malaysia suatu ketika dahulu, iaitu menggunakan kanak-kanak tahfiz atau remaja yang baru habis sekolah dan mahu mencari pendapatan sendiri untuk mengutip derma.

Dan selepas beberapa bulan, kehadiran anak muda ini mula dirasakan ramai sehingga ada orang ramai merasa sedikit terganggu apabila saban hari menemui kumpulan ini yang menunjukkan dokumen sumbangan Al Quran untuk diberikan kepada madrasah-madrasah tertentu.

Justeru, apabila terbaca kenyataan sebuah Madrasah yang beroperasi Tanjung Batu baru-baru ini yang menafikan melantik pihak luar (termasuk kumpulan remaja ini) untuk mengutip derma, semakin kuat saya merasakan ada yang tidak kena dengan modus operandi mereka.

Skrip ayat yang sama, cara berpakaian yang kemas, dan sebagainya. Termasuk jika kita enggan derma RM20, mereka akan cakap derma berapa-berapa sahaja, janji ikhlas walaupun kita dapat rasa paras ‘keikhlasan’ percakapan mereka

Maaf cakap, bukan hendak berkira dalam bab agama seperti ini, kerana dari sudut pandangan lain, saya tetap memuji kegigihan remaja berkenaan mencari pengalaman dan duit sendiri.

Namun, siapa pula dibelakang mereka ini? Yang menjadi kepala mengarahkan dan mengupah remaja ini? Adakah benar mereka mahu membuat amal jariah? Atau mengeksploitasi remaja terbabit demi keuntungan diri sendiri? Sesuatu harus dilakukan pihak berkuasa.

Jangan biarkan pengeksploitasian kanak-kanak dan remaja yang berlaku di Semenanjung sana, menular di sini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.