

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tawau atas kedudukan No .1 Pencapaian GPD PPD Negeri Sabah Sijil Pelajaran Malaysia SPM bagi Tahun 2024.
Pencapaian ini merupakan bukti komitmen, dedikasi dan usaha berterusan seluruh warga PPD Tawau dalam memperkasa mutu pendidikan di peringkat daerah. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Sabah, tetapi juga menjadi inspirasi kepada semua PPD di seluruh negara.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Teruskan kecemerlangan.