TANGKAPAN lensa kukusan di Program Jualan Rahmah Madani di Taman Ambar Park, Jualan Rahmah Madani adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang menawarkan diskaun sehingga 30% untuk pelbagai barangan keperluan harian.
Program ini bertujuan meringankan beban kos hidup rakyat, khususnya golongan isi rumah berpendapatan rendah. Melalui diskaun yang diberikan, warga isi rumah dapat membeli barang keperluan pada harga yang lebih berpatutan, sekaligus membantu meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kerjasama bersama Gemilang Superstore dan UPPM N.70 Kukusan atas inisiatif ini.