Jangkitan COVID-19 Harian Sabah Kedua Tertinggi Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujan dan mendung sejak awal pagi tadi, seolah-olah mengerti rundung pilu hati mereka yang kehilangan ahli keluarga, khususnya akibat jangkitan COVID-19 yang meningkat tinggi akhir-akhir ini.

Tiada siapa yang mahukan perkara seperti ini berlaku. Namun, sebagai manusia sebaik-baik ciptaan Allah, kita perlu terus berjuang berdepan setiap dugaannya.

Dua hari lalu, saya terbaca kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggesa GRS terus tegas dalam memperjuangkan nasib rakyat di Sabah.

Beliau turut menyentuh purata mingguan jangkitan di Sabah yang meningkat 266 peratus sejak bulan lalu.

Jangkitan COVID-19 harian Sabah juga adalah kedua tertinggi di Malaysia, namun, kadar vaksinasi kita paling rendah iaitu sekitar 36.1 sehingga 27 Ogos lalu.

Usah kita mahu bandingkan kes Covid-19 di Lembah Klang kerana kadar vaksinasi mereka mencecah 88.7 peratus kedua tertinggi selepas Labuan.

Justeru, apakah laungan GRS yang kononnya Covid-19 di Sabah terkawal hanya cerita dongeng sedangkan kadar jangkitan terus meningkat?

Jangan sibuk up status ‘terima kasih’ dengan perlantikan 2 Menteri dan 4 Timbalan Menteri di ‘kabinet baru’ Persekutuan, kerana itulah nilai atas sokongan anda di mata mereka.

Buktikan dengan perbuatan bukan dengan omongan semata kerana van-van jenazah yang kita lihat dalam video ini membawa jasad-jasad dengan hakikat nyata.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.