





KEMARIN, kakitangan UPPM N.70 Kukusan bersama pegawai Pejabat ADUN telah mengadakan perbincangan bersama JKR, penduduk Taman King Fook, dan kontraktor Sapong mengenai pembukaan jalan alternatif.
Hasil perbincangan, semua pihak bersetuju bahawa jalan alternatif akan dibuka dua hala selepas rundingan lanjut dengan bahagian teknikal trafik.
Jalan tersebut dijadualkan dibuka sepenuhnya pada 8 April 2025. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencari solusi terbaik demi kemudahan penduduk. Kami akan terus memantau perkembangan ini