Isu Membabitkan Atlit Sukan MSSS Yang Tidak Dapat Beraksi Di Peringkat Kebangsaan

Sebagai salah seorang penyumbang pembangunan sukan daerah Tawau-Kalabakan, adalah mengecewakan apabila akhirnya timbul isu baru-baru ini membabitkan atlit sukan MSSS yang tidak dapat beraksi di peringkat kebangsaan akibat kekangan kewangan.

Setiap minggu, saya didatangi dengan kekerapan permohonan selain dari kebajikan adalah keperluan melibatkan acara sukan. Dari dulu, ini merupakan cabaran besar kepada pemimpin-pemimpin tempatan memperuntukkan dana sokongan bagi menampung peningkatan prestasi para atlit kita yang sentiasa menunjukkan kompetensi tinggi.

Oleh itu, di dalam setiap pertemuan dengan guru-guru dan penggiat aktiviti sosial yang lain, saya sentiasa menggalakkan akan kepentingan menubuhkan tabung pembangunan sukan melalui kelab dan persatuan di setiap sekolah masing-masing agar tidak hanya bergantung harap dengan bantuan pihak luar.

Banyak syarikat besar di luar sana yang mampu menawarkan bantuan dana dengan manfaat pemotongan cukai hasil pendapatan. Malahan terdapat agensi kerajaan turut memegang waran kementerian yang harus dilihat sebagai peluang terbuka untuk semua penggiat.

Saya telah mendapat maklumat tidak rasmi bahawa yuran MSS yang dikenakan dahulu dalam yuran pendaftaran sekolah sebanyak RM5 juga telah dimansuhkan. Mungkin juga ini antara faktor mempengaruhi perkembangan tabung sukan MSS sehingga kami sering mendapat keluhan akan peruntukkan yang ciput dari pihak KPM sehingga menuntut mereka berusaha mengejar wakil rakyat kawasan masing-masing.

Di peringkat negeri, kami secara tidak langsung turut bertanggungjawab membangunkan SAGA. Adalah tidak adil meletakkan kesemua kesalahan di bahu kerajaan negeri kerana semua pihak perlu bersikap ‘sporting’ dalam membawa nilai istilah semangat kesukanan itu sendiri.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.