Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam sejahtera,
Dua tahun lagi, ibu negara baharu Indonesia dikenali sebagai Nusantara bakal tersergam indah di Kalimantan.
Ketika ini, Indonesia juga sedang giat menyiapkan Nusantara sebagai pusat pentadbiran negara yang baharu termasuk menempatkan pegawai-pegawai kerajaan berkaitan sebagai persiapan awal sebelum menjelang 2024.
Sudah tentu Sabah paling mendapat kesan termasuk tempias perkembangan ekonomi dari sana.
Namun, jika dilihat situasi Kalabakan sekarang, jangankan bangunan, sistem kemudahan jalan raya masih jauh ketinggalan berbanding negara jiran.
Saya melihat dalam masa dua tahun, apakah boleh kita memajukan kawasan Kalabakan yang bakal menjadi ‘pintu masuk’ ke Nusantara?
Pada tahun 2019, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan dana RM600 juta tahun depan untuk pembinaan jalan raya menghubungkan Serudong di Kalabakan dengan Simanggaris di Kalimantan Utara, Indonesia dan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (COQS) yang teratur serta lengkap.
Selepas 3 tahun, apa perkembangannya peruntukan berkenaan?
Justeru apabila ada yang menyuarakan adakah Sabah bakal menjadi Kanada yang membangun akibat perkembangan pesat Amerika Syarikat, kita patut mensyukuri dan menggunakan peluang ini sebaiknya.
Namun, jika melihat pembangunan yang ada di sini, tidak mustahil, mungkin kita akan menjadi seperti Mexico yang tenggelam, ketinggalan dan terus bergelut dengan politik serta rasuah.
Malulah, negara jiran sibuk dengan cerita perancangan pembangunan, sementara orang kita sibuk dengan propaganda si polan lompat parti.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”