PAGI ini, saya dijemput merasmikan Hari Kantin di Sekolah Bandar II,di mana pelbagai aktiviti menarik dan gerai makanan disediakan untuk memeriahkan suasana. Antaranya, ceramah kesihatan,program bersama perpusatakaan negeri, pameran , pengurusan jualan dan pemeriksaan kesihatan.
Dalam ucapan perasmian kali ini, saya menekan pentingnya program seperti ini dalam mengeratkan hubungan antara warga sekolah serta memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar mengurus tentang pengurusan perniagaan kecil dan bekerja secara berpasukan. Saya juga sempat menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada tabung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi kegunaan aktiviti di sekolah ini.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas penganjuran yang cemerlang dan berharap Hari Kantin ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai program tradisi tahunan sekolah.
Turut hadir En Mohd Asfar Bin Abdul Latif selaku YDP Pibg Sk Bandar II dan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.