Destini SMJ Anak Muda Sabah Di Dewan Institusi Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu

MENERIMA jemputan sebagai panel di dalam Program Destini SMJ Anak Muda Sabah kemarin. Menyantuni sekurang-kurangnya 500 pelajar TVET daripada IKM Kota Kinabalu, ILP, GiatMARA dan IKBN Kinarut.

Antara soalan dan idea yang diutarakan kepada kepada panel ialah :-

1. Peranan kerajaan dalam memperkasa anak muda bagi menceburi dan mengambil aliran kemahiran.

2. Adakah pelajar aliran TVET boleh mendapatkan biasiswa.

3. Sebagai panel kenapa perlu mengambil aliran akademik yang lebih tinggi sedangkan kemahiran boleh menjamin karier yang diceburi.

Alhamdullilah saya telah memberikan pencerahan di sesi soal jawab kemarin, semoga dapat menjawab soalan yang diutarakan. Apatah lagi saya digandingkan dengan panel yang bukan calang-calang orangnya En Azrul B Ibrahim selaku pengarah IKRAR Sabah.

Semoga program seperti ini dapat dianjurkan di setiap daerah agar dapat memberikan pencerahan kepada generasi muda. Terima kasih En Azrul atas jemputan menjadi panel di program ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.