COVID-19: KPM Digesa Tampil Perancangan Jitu Pengkuatkuasaan SOP Di Sekolah

Peningkatan kluster COVID-19 membabitkan institusi pendidikan amat membimbangkan.

Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapa, sudah tentu kita tersepit antara isu kesihatan sejagat dengan keciciran pendidikan anak-anak yang dialami sejak dua tahun lalu.

Mungkin terlepas pandang, tetapi saya masih belum melihat atau membaca mengenai tindakan KPM berhubung peningkatan kluster membabitkan pelajar khususnya mereka yang tinggal di asrama.

Selepas lengkap dua dos vaksin, mencapai lebih 80 peratus dewasa (bervaksin), negara kita sebenarnya bersedia ke arah fasa peralihan endemik COVID-19.

Tambahan pula, ini bukan kali pertama sekolah dibuka sepanjang tempoh pandemik, seharusnya KPM mempunyai mekanisma yang terbaik dalam menangani isu penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar.

Bukan jenis ‘try and error’, sehingga merugikan banyak pihak termasuk ibu bapa dan penjaga pelajar.

Seharusnya ada mekanisma yang jitu untuk pelajar sekolah khususnya berkaitan penguatkuasa SOP. Atau boleh membuat pendidikan PdPR dan kelas yang dijalankan serentak.

Dalam erti kata lain, pelajar yang berdepan masalah pendidikan secara dalam talian boleh hadir ke kelas, manakala pelajar yang tidak berdepan isu talian, diminta menghadiri kelas secara PdPR sahaja.

Mungkin ini boleh mengurangkan jumlah pelajar yang hadir ke kelas dalam satu-satu masa, sekali gus mengurangkan risiko sentuhan fizikal.

Berkaitan kes baharu positif COVID-19 mencecah lebih 11 000 kes, semalam, bagi saya ia bukan sesuatu yang diluar jangka.
Apabila ada kelonggaran rentas negara, rentas negeri dan pelbagai aktiviti sosial lain, ia akan mendatangkan risiko jangkitan berlaku.

Dalam hal ini, kerajaan perlu memikirkan semula kebenaran atau kelonggaran aktiviti sosial yang ada dan hanya memberi kebenaran untuk perkara lebih penting seperti pekerjaan.

Saya lihat aktiviti sosial seperti ini membuatkan orang ramai semakin lupa mengenai SOP yang digariskan. Justeru, langkah pencegahan perlu diambil dengan kadar segera bagi mengelakkan PKP berulang dan terus berulang.

Sekarang masa kita untuk membina atau memantapkan kembali sektor ekonomi kerana kita tidak boleh terus bergantung kepada bantuan atau kerajaan tidak akan mampu untuk terus menyalurkan bantuan seperti sebelum ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.