Hari ini, Presiden WARISAN, DS Shafie Apdal turut menyantuni mangsa kebakaran di Kg Kurnia Jaya Batu 4, Jln Apas yang melibatkan 700 buah rumah ranap dijilat api. Antara kecelakaan terburuk setakat ini melibatkan lebih dari 1000 mangsa kehilangan tempat tinggal.…
Hari ini saya dan team pejabat ADUN Kukusan menghadiri majlis perkahwinan Afika dan Mawiek di kediaman pakcik saudaranya di Ria Heights. Kepada pengantin baru, semoga dimurahkan rezeki sebagai pasangan suami isteri dan sentiasa bersabar dalam mengharungi alam rumah tangga seterusnya.…
Assalamualaikum dan salam sejahtera Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan melawat mangsa kebakaran membabitkan 700 kediaman di Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, hari ini. Biarpun berada di luar kawasan mukim Kukusan, misi kemanusiaan, bencana, bantuan dan simpati kita seharusnya tidak…
“Selamat Memasuki Rumah Baru” Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, saya berkesempatan memenuhi undangan ‘house warming’ Saudara Suratman Usman, abang kepada AJK Wirawati Bahagian Kalabakan Suriani Usman di Taman Ria Heights. Beliau yang pada masa ini bekerja di Semenanjung menginginkan sebuah…
Terima kasih jemputan pemangku Wira P190 Tawau, saudara Jali untuk menghadiri perkahwinan adik perempuannya dan pasangan bersama ahli keluarga mereka yang terdekat. Tahniah Mohd Suriansah dan Noralija atas ikatan suci menjadi pasangan suami isteri. Semoga sentiasa diberi petunjuk sebaik-baik oleh…
1 Mac 2022 bersamaan dengan 27 Rejab saya menghadiri ceramah bersempena Israk Mikraj yang disampaikan oleh penceramah bebas ustaz Roslan bin Ramli bertempat di Surau Nurul Huda, Kg Airport Lama. Saya juga sempat menunaikan solat Isyak berjemaah bersama penduduk kampung.…
Memberikan sokongan kepada Biro Wanita KRT Univilla untuk program pembuatan kek dan bun yang akan berlangsung pada 26hb nanti diwakili oleh penyelaras program, Pn Rita. Semoga semuanya berjalan lancar. Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang…
Saya telah menghadiri jemputan abang Ariffin Puniman dan isteri kak Rukiah Lauma untuk menghadiri majlis resepsi di sebelah pihak pengantin lelaki di Kg Pasir Putih pada Sabtu lepas. Makanan dan kuih tradisi melayu yang dihidangkan enak-enak belaka, saya sempat ditapaukan…
Petang hujung minggu saya dapat diisi dengan menyantuni pekedai, pekerja dan pengunjung di ketiga-tiga lokasi ini dengan menyampaikan takwim dan limau mandarin sempena perayaan Tahun Baru Cina. Saya diiringi oleh team pejabat ADUN Kukusan dan penggerak komuniti Cina cawangan Kukusan.…
Team kami yang terdiri dari Pejabat ADUN Kukusan, komuniti penggerak Tiong Hua Kalabakan dan Wirawati Warisan telah membuat pengagihan limau dan takwim kepada peniaga-peniaga dan pengunjung di barisan kedai dan pasar sayur Hill Top. Terima kasih diucapkan kepada YB Mamun…