Assalamualaikum dan salam sejahtera, Khamis lalu, mendapat aduan daripada penduduk Taman Rainbow mengenai rumput panjang di tepi jalan utama kawasan perumahan mereka. Team kami mengambil maklum aduan berkenaan dan memajukan kepada konsesi berkenaan. Alhamdulillah, kerja-kerja pembersihan telah dilakukan semalam dan…
Team Careline N70 Kukusan turun ke kawasan memantau kerja-kerja membersihkan rumput dan parit di jalan utama berhadapan lot kedai Tmn Univila. Kerja pembersihan ini dilakukan oleh pihak konsesi JKR setelah aduan dan permohonan dibuat oleh wakil team pejabat kami. Terus…
Assalamualaikum, selamat pagi. Semalam, team Careline Kukusan telah melakukan rondaan di sekitar kawasan dan terjumpa paip bocor di kawasan belakang gerai lama Kg Muhibbah. Kontraktor Jabatan Air bertindak pantas dengan membaiki kebocoran dari terus melimpah setelah aduan dibuat. Terus berkhidmat.
Lokasi: Kg Sri Menanti Turut mendengar dan mengambil aduan dari penduduk kampung setelah selesai menziarah di sekitar kampung. Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan. ATAU, Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767…
Assalamualaikum, selamat pagi. Awal pagi ini, saya memilih untuk berjalan di Persisiran Traulsen. Ternyata permasalahan sampah yang tidak pernah berpenghujung ini seperti membenarkan gaya hidup tanpa kesedaran sivik terus diamalkan. Mengapa tiada kerja pembersihan dilakukan pada sebelah malam? Orang awam…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Semalam, hujan lebat melanda sebahagian besar Tawau termasuk Kukusan. Alhamdulillah, hujan rahmat membasahi bumi. Namun, saya menerima beberapa keping gambar berkaitan keadaan Jalan Utara menunjukkan beberapa kawasan yang digenangi air ekoran hujan lebat tersebut. Walaupun…
Pejabat ADUN Kukusan telah menerima aduan daripada Encik Ho, mantan KMC yang telah meyalurkan permasalahan lorong 4, Taman Ambar yang sangat gelap. Tiang lampu sebelum ini telah dicabut atas faktor keselamatan, bagaimanapun tiada tindakan susulan mengenai pemasangan tiang lampu di…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Bagi warga Kukusan, pastinya kawasan Hilltop, berhampiran pejabat DUN N70 Kukusan, bukanlah suatu yang asing. Sering menjadi tumpuan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian dari sayur, ikan, kuih muih hinggalah ke barang dapur dan sebagainya.…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Saya rasa, satu daerah Tawau menyedari kehadiran sekumpulan anak muda yang bergerak berpasangan mengutip derma dana derma RM20 untuk membeli Al-Quran. Bermula dari sekitar Maybank Jalan Kubota, saya turut terserempak dengan mereka di kawasan bandar.…
Team Careline N70 Kukusan turun mengambil aduan daripada saudara Sathia Silan a/l Renegopal di Lorong Gembira 1, Taman Gembira mengenai keadaan struktur perparitan yang tidak sempurna mengakibatkan takungan sampah. Tinjauan juga mendapati runtuhan tanah yang berlaku itu sudah lama dibiarkan…