Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Pagi ini saya telah mengalami situasi yang agak merumitkan kerana sebuah kenderaan parkir tanpa pemandu di tepi Jalan Kuhara berhampiran premis Sthamin Supermarket ketika saya membuat pusingan U.
Kelihatan kenderaan-kenderaan lain juga menghadapi masalah yang sama. Saya turut menerima aduan yang sama dari pekerja-pekerja berdekatan dan beranggapan pemilik kereta tersebut sangat mementingkan diri.
Saya tidak pasti sama ada sengaja diletakkan di situ atau kenderaan itu mengalami kerosakan.
Jika rosak, seharusnya diletakkan tanda sama ada lampu kecemasan, atau palang sebagai makluman kepada pengguna jalan raya lain.
Yang menjadi masalah apabila ia berada di kawasan orang membuat pusingan U, sekali gus menyebabkan kesukaran dan gangguan lalu lintas apatah lagi kejadian berlaku pada waktu pagi ketika trafik sesak.
Mungkin pemilik kenderaan boleh mengalihkan sedikit kenderaan terbabit ke kawasan lain berbanding hanya dibiarkan di situ.
Begitu juga orang ramai, jika terlihat kenderaan rosak, mungkin boleh menolong pemandu kenderaan terbabit mengalihkan keretanya.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持