Ramadan kali ini, saya berkesempatan meluang masa bersama lima beradik yang telah kehilangan ibu dan bapa.
Nurul Safikah Herman, Nurul Sofianah Muhammad Nasir, Nurul Ain Sakilah, Muhammad Nazril dan Nurul Anis yang masih bersekolah antara Kolej
Tingkatkan 6 dan darjah 1 adalah sebahagian kanak-kanak yang sejak kecil diuji beraya tanpa ayah dan ibu tercinta
Semua nasib kita tidak sama. Begitu juga dengan Nurul Safikah dan empat adiknya kehilangan orang tua pada usia masih muda.
Selama lebih tiga jam bersama, mereka sememangnya memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang membela nasib rakyat.
Menetap di Tanjung Batu, saya menjemput mereka berlima untuk berbuka puasa bersama disamping dapat mendengar sendiri cerita dan pengalaman mereka.
Kemudian, kami berkesempatan ke Jalan Chester untuk membeli pakaian raya baharu untuk mereka semua. Semoga baju Raya ini memberi sedikit keceriaan kepada mereka menjelang Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”