Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Hari ini saya dikhabarkan banjir sekali lagi berlaku di Penampang. Walaupun di luar kawasan saya, namun, apa yang berlaku di sana, cukup menimbulkan kebimbangan untuk kita semua.
Saya sedar, ada juga kenalan atau keluarga kita yang berada di sana, mungkin sedang terjejas.
Kekerapan banjir yang berlaku ketika ini, sememangnya memerlukan perhatian serius.
Saya berharap ia juga menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri untuk merancang dengan baik pembangunan yang ada di Sabah.
Setiap pembinaan atau pembangunan yang hendak dibuat perlu mengambil kira perancangan jangka masa panjang untuk tempoh 15-20 tahun akan datang.
Bukannya baru beberapa tahun pembangunan dilakukan, sudah perlu ada pengubahsuaian dan kesan negatif khususnya kepada alam sekitar dan masyarakat.
Saya berharap pembangunan daerah Tawau dan Kalabakan turut mengambil kira situasi yang berlaku di Penampang hari ini.
Kena juga ada pemantauan secara telus dilakukan (hebohan kepada umum) mengenai keadaan hutan sekeliling yang ada.
Kejadian banjir dan tanah runtuh juga mungkin berlaku disebabkan adanya pencerobohan kawasan hutan yang menjadi tadahan air semula jadi. Masih ingatkah kita mengenai kehadiran treler membawa muatan kayu balak yang kerap berada di jalan Kalabakan-Keningau? Sehingga ada penduduk yang berada curiga dengan operasi treler berkenaan?
Siapa tahu, banjir yang berlaku di kawasan hilir, mungkin disebabkan hulunya telah ditarah?
Justeru, saya menyeru kajian secara terperinci, menyeluruh dan telus dilakukan bagi mengatasi atau mengelakkan masalah seperti ini melanda Sabah.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持