Pejabat ADUN Kukusan telah menerima aduan daripada Encik Ho, mantan KMC yang telah meyalurkan permasalahan lorong 4, Taman Ambar yang sangat gelap.
Tiang lampu sebelum ini telah dicabut atas faktor keselamatan, bagaimanapun tiada tindakan susulan mengenai pemasangan tiang lampu di tapak baru yang berhampiran selepas itu. Ini telah mengundang kepada risiko keselamatan.
Kami telah menyalurkan permohonan kepada pihak Majlis Perbandaran Tawau untuk diambil perhatian.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持