Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Semalam, hujan lebat melanda sebahagian besar Tawau termasuk Kukusan. Alhamdulillah, hujan rahmat membasahi bumi.
Namun, saya menerima beberapa keping gambar berkaitan keadaan Jalan Utara menunjukkan beberapa kawasan yang digenangi air ekoran hujan lebat tersebut.
Walaupun belum berstatus banjir, ia cukup menggambarkan keadaan jalan raya utama tersebut yang tidak berada dalam keadaan yang baik.
Sebagai pengguna jalan raya di situ, saya turut mengakui masalah kerosakan infrastruktur jalan yang ada.
Lihat sahaja gambar pada bulatan berhampiran Masjid Raya, keadaan jalan yang tidak rata sudah tentu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.
Masalah sama turut berlaku di bulatan berhampiran Airport Lama.
Dengan jumlah kenderaan yang banyak selain turut menjadi laluan kenderaan berat sudah tentu memburukkan lagi keadaan.
Saya berharap masalah kerosakan infrastruktur di Jalan Utara ini dapat diatasi segera termasuk membabitkan penyelenggaraan longkang dan saliran. Ini kerana ia menjadi antara jalan utama di Tawau yang menghubungkan Kalabakan dan Tawau.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持