Aduan Bil Elektrik Berganda

Assalamualaikum www dan salam sejahtera

Ada yang sudah menerima bil elektrik terbaharu untuk kediaman atau premis masing-masing?

Nampaknya sehari-dua ini, selain tumpuan kita ke arah PM Ke-9 dan varian Delta membiak dihidung, penduduk Tawau juga berdepan masalah setempat tersendiri yang lebih menjadi ‘fikiran’.

Saya menerima rungutan beberapa orang teman yang hairan dengan bil elektrik bulan ini, naik berganda (ada yang berganda-ganda).

Masalah sama turut disuarakan penduduk di beberapa taman perumahan di daerah ini. Malah turut membabitkan daerah lain.

Walaupun ini bukan pertama kali isu kenaikan bil elektrik berlaku di peringkat SESB sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini, namun, ia sedikit sebanyak mampu mengganggu ‘mood’ serta pemikiran orang ramai.

Masalah datang silih berganti, dari isu PPV sesak, sampailah sampah yang tidak terurus beberapa hari ini, disambung pula bil elektrik yang naik. Lepas ini apa pula ya?

Apa pun yang berlaku, jaga diri, jaga keluarga. Bebaskan diri kita dari belenggu COVID-19.

SESB sekarang ada Easy Pay! Click link di bawahhttps://ocs.sesb.com.my/OCS_QUICK/

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.