Adakah Benar Hospital Besar Tawau Mengalami Kesesakan Di Wad Rawatan Covid-19?

Assalamualaikum, salam sejahtera di hujung minggu.

Saya difahamkan berlaku kesesakan di wad rawatan COVID-19 di Hospital Besar Tawau. Daripada 700 lebih katil pesakit, kini jumlah pesakit mencecah 835 orang (awal minggu ini) menunjukkan keadaan yang kian kritikal.

Adakah ini benar? Adakah Hospital Besar Tawau bakal menjadi seperti Hospital Sungai Buloh di Selangor yang mengalami kesesakan luar biasa?

Itu pesakit COVID-19 stage 4 dan 5 kerana untuk stage 1-3 ditempatkan di beberapa PKRC di daerah ini.

Tidak cukup wad biasa diubah menjadi critical care area, *koridor hospital turut diletakkan katil pesakit.

Sudah tentu ia memberi cabaran bukan sahaja kepada pesakit, tetapi petugas KKM itu sendiri.

Banyak persoalan yang difikirkan. Pertama. Bilakah bangunan baharu Hospital Besar Tawau yang bernilai RM223 juta itu siap? Projek dilancarkan sejak tahun 2017, sehingga kini masih belum siap. Sedangkan di Wuhan, China, mereka boleh siapkan hospital untuk rawatan dalam masa 10 hari sahaja, tapi Tawau?

Seperkara lagi, saya difahamkan lebih 200 penduduk Pulau Sebatik yang dikategorikan sebagai PUI dibawa menaiki bot ke Tawau untuk menjalani saringan COVID-19 dan ditempatkan di MRSM Tawau.

Bayangkan dalam satu bot, mungkin hanya seorang dua yang disahkan positif COVID-19 dan dimasukan ke PKRC, namun, ia telah merisikokan PUI yang lain ketika dalam perjalanan ke Tawau. Mengapa tidak dijalankan proses saringan di Pulau Sebatik sahaja? Mengapa perlu dibawa ke sini, sehingga menyebabkan lebih ramai terdedah dengan jangkitan sepanjang proses perjalanan tersebut?

Apa yang sebenarnya berlaku di Tawau? PKOB Tawau dan Kerajaan Negeri Sabah dibawah GRS seharusnya tampil menerangkan situasi yang berlaku di Tawau sebagai panduan kepada orang ramai.

Namun, fokus memulih tidak menampakkan kesungguhan, terlalu sibuk berpolitik seperti tidak habis berkira-kira kuasa kali ni.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.