Menerima undangan pihak SK Kukusan untuk perasmian penutupan pertandingan kriket bawah 12 dan 18 tahun peringkat daerah Tawau.
Saya percaya menerusi penganjur sukan begini di peringkat sekolah kita dapat memupuk minat bersukan seterusnya dapat mencungkil serta mengasah bakat baharu dalam sukan kriket negara.
Ibarat melentur buluh daripada rebungnya, saya percaya menerusi program intensif dan perancangan rapi, tidak mustahil kita mampu memiliki pasukan kriket antarabangsa dari Tawau yang hebat suatu hari nanti.
Terima kasih kepada penganjur dan tahniah diucapkan kepada semua terlibat khususnya atlet yang bertanding.
RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT
merangkap ADUN N70 KUKUSAN
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”