Menerusi perkongsian media baru-baru ini, Tawau dipilih sebagai lokasi strategik untuk melihat cerapan gerhana matahari yang dijangka akan berlaku pada waktu tengahari pada 20 April tahun depan.
Pengarah Platenium Negara, Anita Bahari berkata, Tawau dipilih kerana dijangka menerima pancaran matahari sebanyak 42.79 peratus berbanding dengan lokasi-lokasi lain di seluruh negara.
Katanya, Gerhana Matahari Hybrid ini jarang berlaku ketika dunia mengalami fenomena gerhana matahari penuh, gerhana matahari anulus atau dan gerhana matahari separa.
Terdahulu, Pejabat DUN N70 Kukusan turut hadir dalam majlis pelancaran Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah di Dewan Masyarakat Tawau, kelmarin yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.
Program Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah Tahun 2022, merupakan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dengan kerjasama Planetarium Negara.
RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
10 Jun 2022
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”