Seat Penerbangan Bertindan Di Tawau?

Saya menerima perkongsian beberapa teman mengenai isu pertindanan / pertindihan seat penerbangan sebuah syarikat penerbangan terkemuka di Lapangan Terbang Tawau.

Maknanya satu seat yang ada 2 penumpang. Malah ada penumpang yang terpaksa menghadapi masalah tiket hangus akibat sistem yang kucar kacir ini.

Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku? Kita beli tiket, bayar terus, maknanya seat itu untuk kita.

Malangnya apabila mahu check in dalam talian, seat itu telah berpunya dan kita tidak boleh naik penerbangan tersebut.

Nampaknya episod rakyat Sabah berdepan masalah penerbangan dan syarikat penerbangan terus berlaku.

Diharapkan Kerajaan Negeri dan Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini.

Belum lagi masalah penerbangan tertangguh hampir setiap hari yang menyukarkan urusan seharian penumpang.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
10 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.