Berpeluang menunaikan solat di Masjid Bandar menggamit kenangan semasa saya masih kanak-kanak dahulu di mana setiap kali bulan Ramadan arwah bapak pasti membawa kami sekeluarga bertarawih di sini.
Suasana tidak banyak berubah walaupun sudah berpuluh-puluh tahun lamanya, hanya kemeriahan lampu warna-warni yang terang semakin menghidupkan suasana masjid.
Syukur alhamdulillah atas kesempatan ini. Al-fatihah buat arwah bapak Allahyarham Hj Jainal Side, setiap kali melalui masjid ini mesti terkenangkan arwah. Al-fatihah kepada arwah orang tua yang telah pergi dulu meninggalkan kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
RJ
Adun Kukusan
1 Mei 2022
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”